Sugeng Rawuh, Wilujeng Sumping,, Selamat Datang

Dengan Menyebut Asma Alloh Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Minggu, 18 April 2010

Santri Biadab atau Santri Luar Biasa, .. silakan tentukan pilihan anda

Pagi ini tak ada firasat apapun,
Dari rumah biasa aja,
Telat ampe kampus ?
Engga donk…
Lalu?
Hari ini UTS terkonyol dalam hidupku
Hahahaaa….
Gimana engga, coba deh bayangin sejenak ( yo ayo… kita berimajinasi…}
UTS diawasi banyak orang tapi nyontek dengan leluasa dari no 1-5,
Eh… engga ding, ii Cuma nyontek no 1-4 aja, soalnya no 5 paling gampang
Sekedar berbagi cerita aja, buat kenangan masa yang akan datang
Critanya kita lagi UTS susulan mata kuliah anatomi otak, kita ada 4 orang. 2 angkatan 2007, 1 angkatan 2005 ( dia low vision) , trus ii.
Awalnya ii udah yakin banget ama usaha blajar tadi pagi, plus sedikit bocoran soal dari si alya
Eh…., taunya sama si bapa’ soalnya diganti dong….
Aduh mampus ni…..!!!!
Tapi tenang ii.., percaya ama kemampuan diri sendiri and its Ok
Kita ujian di Lab, ada 1 penjaga Lab, trus 2 asdos ( cewe n cowo) mantan mahasaiswa S1 yang katanya sekarang calon dosen,
Lembar jawaban dibagi…
Ati masih nyantai…
Si bapa dateng, trus ngasih soal…
Dan…
Mampus itupun terjadi,,,,
Dari 5 soal, ii Cuma tau 2 soal aja…
Huft…. Ampuuuuuuuuuuuuuuuuuun!!!!!!!!!!!!!
Si cewe yang asdos itu nge-readerin temen yang low vision tadi
Anehnya si teteh yang ngereaderin gak nanya jawaban2nya ama si teteh yang direaderin( ngerti kagak maksudnya?) tapi dia nanyain jawabannya ama ii, tambah bingung donkz!!!!!!!!!!
Parahnya lagi dia maksa ii buat nyontek!
Engga banget deh…
Takut…
Merasa bersalah…
Tapi kepepet…
Yawdahlah gapapa, sesekali ini
Moga di ampuni ama Allah, da ini teh darurat(sunda mode on..)
Ahirnya semua soal beres juga dengan hasil contekan ii, dan semua jawaban menyebar
Konyolnya…
Kita nyontek nyantai aja, padahal disitu banyak banget orang
Ada pengawas lab. , dosen tamu trus yang lainnya…
Astaghfirullah….
Beres ngerjain UTS langsung ke mushola
e…. yang di cari ketemu juga, dan kayanya kita klop banget
di mushola udah bertengger dengan santainya rani, syifa, nisa dan alya ( baru nyampe kampus)
tau lah… kalo udah ngumpul ma mereka bawaannya becanda terus…
ngomongin cepuk, ngomongin jerawat, ngomongin kontes annisa UPI, ah… pokonya ge je be ge te
pas ii ma syifa keluar dari mushola mau wudhu ketemu si abdul…
ahirnya ii interview masalah obat jerawat…
parahnya jawaban dia adalah…
pake cangcut perawan ( ups… map lupa ga disensor…)
dan yang lebih parah lagi si syifa nambahin cangcutnya si n*** ( sensor)
langsung deh ketawa kaku ditempat
hahahahaaa
trus ada sebutan baru lagi diantara kita
pengen tau apaan?
SANTRI BIADAB!!!!
Asli parah!!!
Pencetusnya si nisa
Asalmulanya, si syifa maksa alya sholat padahal dia lagi dapet ( Cuma becanda )
Syifa : “ eh Alya sholat yuk…”
Alya : “ engga..”
Syifa : “ eh kamu.. gaul ma santri ga sholat…!!!!”
Alya : [kesel], ya udah ayuk kita ke kamar mandi ntar aku tunjukin
Ii,syifa, nisa: hahahaaaaaa
Nisa : “ DASAR SANTRI BIADAB “
All: hahahahahahhaaaaa…

Selasa, 13 April 2010

biografi tokoh Islam: Ibnu Sina

Ibn Sina
Ibnu Sina merupakan doktor Islam yang terulung. Sumbangannya dalam bidang
perubatan bukan sahaja diperakui oleh dunia Islam tetapi juga oleh para sarjana Barat.
Nama sebenar Ibnu Sina ialah Abu Ali al-Hussian Ibnu Abdullah. Tetapi di Barat,
beliau lebih dikenali sebagai Avicenna.
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi. Pengajian
peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu,
beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains,
fiqh, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor
ataupun mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub
Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan
kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan
gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fil Tabib
telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100
tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku
tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan
Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan
oleh para pelajar perubatan.
Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The
Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk
mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu
perubatan sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik,
muzik, astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.
Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh
sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai
tahap zenith iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang diceburinya.
Di samping menjadi zenith dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki
ranking yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam
bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan
risalah yang mengandungi hasil sastera kreatif.
Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang
ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah
yang membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak
dipengaruhi oleh aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran
Aristotle. Oleh sebab itu, pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas
dan teori perubatan Yunani khususnya Hippocrates.
Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah,
lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile).
Menurut teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran
keempat-empat unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar
yang seimbang dan apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan
mendapat penyakit.
Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan.
Meskipun teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh
kepada dunia perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti
manusia. Ibnu Sina telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan
mengislamkannya.
Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu
tanah, air, api, dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk,
panas, dan kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam
alam ini. Ibnu Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh
manusia untuk melawan penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang
dinyatakan itu, manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi
mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan.
Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu
pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk
menghuraikan mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan
mempunyai angka-angka dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan
itu, maka Imam al-Ghazali telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan
lebih merosakkan daripada kepercayaan Yahudi dan Nasrani.
Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-
Najah, Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib
al-Wujud" ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apaapa
cara sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit
daripada "Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.
Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab
Dia berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi
halangan bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang
wujud sebab kesempurnaan dan ketinggian-Nya.
Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab
"Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan
jirim atasan.
Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai
satu percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku
yang berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli
Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.
Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap
kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu
Sina dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan
kebahagiaan dan kesengsaraan di syurga atau neraka.
Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh
dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains
dalam Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan
tetapi kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu al-Farabi